About Me

My photo
I'm just a daddy's little girl and enjoying my life. I have a lovely family, great mummy and daddy, kind-hearted siblings, and cute nephews.

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa Kita Perlu Belajar?

Pendidikan adalah lebih dari itu.Bukan sekadar mendapat pengetahuan untuk dibuat jawapan dalam kertas jawapan. Mencari ilmu itu adalah suatu ibadah bagi orang Islam, dan bagi yang bukan Islam mungkin sebagai pemangkin untuk mendapat pekerjaan yang profesional, dan seterusnya menaikkan martabat dan kedudukan negara sebagai Negara Islam yang mampu berdaya saing dalam bidang profesional.

Sesetengah pelajar mungkin tidak berfikiran jauh dan tidak mahu mengakui bahawa mereka itu adalah pelapis harapan bangsa.Tetapi InsyaAllah, saya yakin anda semua berfikiran ke hadapan. Anda semua adalah orang yang mahu berjaya, bukan sahaja di dunia malah di akhirat.Mungkin juga anda para pelajar terfikir, `Saya masih kecil, apa saya hairan dengan ekonomi dan pembangunan negara?` Sesungguhnya, bangun dan rebahnya sesebuah negara terletak kepada remaja-remaja negara itu.

Anda tidak percaya?? Atau anda sengaja tidak mahu mengakui bahawa andalah yang akan memimpin negara..ye ANDA! Bukan nenek yang tengah menyiram pokok bunga, bukan datuk yang tengah membawa beca ,bukan ayah yang sedang bekerja di pejabat.

Mengapa anda merasakan anda tidak bertanggungjawab dalam urusan sesebuah negara, sedangkan andalah tujuan negara membuat pembangunan,untuk andalah semua ini,supaya negara sentiasa maju dan aman dan dapat diwarisi oleh waris-waris kita nanti.

Adik-adikku...

Anda boleh melihat pejuang-pejuang negara kita mempertahankan negara bangsa semasa dijajah oleh penjajah-penjajah tidak lama dulu? Adik-adikku, bukan senang untuk merdeka, tetapi sayang kemerdekaan kita bukan kemerdekaan hakiki, bukan kemerdekaan secara total kerana negara kita sedang rebah dan menanti masa untuk dipijak oleh kerana ketandusan pemuda pemudi harapan bangsa. Kerana apa? Kerana generasi-generasi kita sekarang ketandusan ilmu, hilang akal fikiran untuk berfikir mana satu yang patut dicontohi. Fahaman sekular yang mengasingkan agama dengan kehidupan atau fahaman yang diajar oleh Rasullulah S.A.W. yang mengajar Islam itu adalah ad-deen .

Begitulah pentingnya anda, jikalau anda yang membaca ini berfikir aku bukan apa-apa,aku hanyalah sampah masyarakat, aku hanyalah pencuri, aku hanyalah penagih dadah yang hanya boleh dilabel sebagai tahi masyarakat. Maka anda semua silap, semua manusia di dunia ini ada hak untuk menjalani kehidupan yang diingini. Mungkin itu takdir kita, tetapi manusia juga perlu berusaha menjadi sesuatu yang lebih baik. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka.

Kebanyakan pelajar-pelajar di Malaysia hanya sekadar menghafal dan mungkin juga ada yang memahami sesuatu pelajaran itu ,tetapi mereka hanya mampu mengeluarkan ilmu yang dipelajari hanya pada sekeping kertas, yang tidak mempunyai nilai dan harga.
“ Eh!! Ape pula tiada harga, result exam saya bergantung pada kertas itu la”

Ya, memang benar keputusan peperiksaan kamu bergantung kepada jawapan yang kamu berikan. Tetapi pernahkah anda terfikir, apa lagi yang boleh dilakukan jikalau kita mempunyai ilmu ? Banyak adik-adik..Apa yang anda semua pelajari mungkin boleh digunakan lebih daripada jangkauan minda anda sendiri. Mungkin dengan menggunakan ilmu yang anda pelajari, anda boleh menghentikan serangan Yahudi ke atas Palestin, atau mungkin juga pelajaran anda itu boleh digunakan untuk menyelamatkan kawan kamu daripada menagih dadah atau mungkin lebih dari itu.

Itulah yang dinamakan beramal dengan ilmu yang dipelajari. Saya tidak yakin bahawa apa yang kita pelajari dapat digunakan sepenuhnya di medan pekerjaan. Sememangnya ada yang membantu, tetapi kita akan sentiasa menambah ilmu untuk bekerja supaya kita tidak ketinggalan.

Adik-adikku...

Memang senang sahaja bercakap, dan mungkin susah untuk dilakukan, tetapi usaha itu penting.Jikalau tanpa usaha, kita tidak akan ke mana-mana. Sememangnya tidak ada yang akan berubah jika kita hanya duduk.Bahkan kalau kita duduk sahaja, makan, tidur dan buang air besar di tempat yang sama. Apa yang akan terjadi? Maka bersepahlah rumah kita ,tunggang langganglah rumah kita. Samalah dengan manusia pada hari ini, berbincang tentang faktor-faktor buang bayi, tetapi apa yang masyarakat lakukan untuk mengatasi masalah tersebut? Hal ini bukanlah atas tanggungjawab ibu kepada anak itu, tetapi tanggungjawab kepada semua orang.

Ya, saya mengerti, anda semua masih remaja dan tidak ada sebabnya saya membawa kamu berfikir kepada perkara sesulit ini. Tetapi kehidupan manusia itu tidak akan bermakna jikalau manusia itu tidak ingin berfikir terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sekarang, mari saya bawa anda semua tentang realiti kehidupan . Para ibu bapa hari ini ingin melihat anak-anak mereka berjaya bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat. Tetapi, sedihnya sesetengah para ibu bapa hari ini hanya mementingkan kehidupan di dunia dan bukan kedua-duanya. Tetapi saya yakin, anda semua adalah manusia yang sudah boleh berfikir apa yang baik untuk diri kamu semua. Jangan menyalahkan ibu bapa atau orang sekeliling sekiranya anda tersalah memilih jalan. Salahkan diri anda sendiri kerana berat mulut hendak bertanya, dan salahkan diri anda sendiri kerana tidak mahu ringan tulang mencari ilmu.

Adik-adikku, saya hendak bertanya satu soalan, kalau anda seorang yang suka berfikir, sudah tentu anda akan dapat menjawabnya.
Siapa kamu? Manusia atau bukan manusia? Manusia adalah benda hidup. Anda boleh berjalan, makan, berlari dan bernafas.. Betul tidak?
Ilmu itu apa? Bukan benda hidup atau benda hidup? Ilmu itu manusia kah?
Semestinya bukan benda hidup kerana ilmu tidak boleh bernafas, tidak boleh berjalan, apa lagi makan. Jadinya bagaimana caranya ilmu itu hendak datang kepada kita jika ilmu itu tiada kaki? Jadi, sudah pasti kita lah yang patut berlari ke arah ilmu.

Adik-adikku, ingatlah sebelum kamu berlari mencari ilmu, cuba berfikir sejenak dan bertanya pada diri anda sendiri, mengapa anda ingin belajar? Mengapa anda ingin mencari ilmu? Jawapannya hanya anda yang tahu. Tepuk dada tanya minda?

Quote

Bacalah dengan nama Tuhanmu
Itulah permulaan ilmu
Sebagai yang telah diwahyukan
Menuntut ilmu satu kewajipan

Ilmu menjadi penyuluh jalan
Dengan ilmu dapat kemuliaan
Ilmu memajukan kehidupan
Ilmu yang baik dapat keberkatan

Sabda Rasul junjungan
Carilah ilmu pengetahuan
Dari dalam buaian
Hingga hari kematian

Tuntutlah ilmu hai teman
Janganlah kita siakan
Untuk masa hadapan
Agama dan bangsa

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Jangan berilmu tanpa amalan
Bagai pohon tanpa buahnya
Ilmu yang berkat membuatkan taqwa
Bermanfaat sesama insan

No comments:

Post a Comment